? ??????????????Flashy Flashing Lights? ????? ?? ???Rating: 4.1 (22 Ratings)??7 Grabs Today. 4370 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Party Like A Rockstar? ????? ?? ???Rating: 4.1 (50 Ratings)??7 Grabs Today. 14876 Total Grabs. ??????P BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 12, 2009

MENCARI SAHABAT




SAHABAT UMPAMA PENYULUH YANG MENERANGI KEGELAPAN,. DI DALAM KITAB HIDAYAHTUL SALIKIN IMAM GHAZALI ADA MENYATAKAN:, " HENDAKLAH KITA MEMILIH SAHABAT DENGAN 5 SYARAT"


1. Orang Yang Berakal
jika kita berkawan dengan orang yang kurang berakal ( jahil ) mungkin akan menyebabkan perkelahian.

2. Baik Peribadi dan Perangainya ( Akhlaknya ) jangan bersahabat dengan orang yang jahat perangainya. begitu juga orang yang sangat pemarah, derhaka kepada ibubapa, tidak solat, tidak berpuasa dan orang yang meringan-ringankan agama.3. Orang yang Soleh
jangan berkawan degan orang yang fasik. fasik ialah orang yang mengekalkan dosa besar dan dosa kecil. seseorang yang takutkan Allah tidak akan mengekalkan dosa besar dan dosa kecil.

Sabda Nabi,;-
" jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang taqwa"
( Abu Daud dan At-Tarmizi )
4. Jangan Bersahabat dengan Orang0orang yang Sangat Kasih pada Dunia.
barangsiapa yang bersahabat dengan orang-orang seperti ini adalah umpama racun yang akan membunuhnya kerana tabiat kawannya itu akan menjadi ikutannya.
Sabda Nabi,;- " sangat kasih kepada dunia itu kepala segala kejahatan dan kesalahan"
( Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi )
maksud kami berkasih kepada dunia ini ialah perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan atau larangan Allah S.W.T dan Nabi S.A.W.
walaupun ia seorang peniaga,tetapi di dalmperniagaan itu mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah dan RasulNya serta ia mengingati Allah, dikira agama ( ibadat ). sebaliknya jika ia beribadat atau beramal tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul atau ia lalai daripada Allah dan mengingati dunia, ibadat itu dinamakan dunia, walaupun pada aslnya ibadat itu dikira agama.
Sabda Nabi,;-
" barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada perintah Kami, maka ia adalah ditolak "
5. Orang yang Benar Perkataannya ( Jujur )
janganlah suka berkawan dengan orangyang suka berdusta. orang yang suka berdusta iotu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. demikian akan membawa kebinasaan dunia.

Sabda Nabi ,;- " tiga perkara barang siapa yang ada salah satu daripadanya, maka ia munafik mestipun ia berpuasa dan solat. apabila bercerita ia berbohong , apabila ia berjanji nescaya ia menyalahi janjinya, apabila diberi amanah ia khianat"

SIAPAKAH SAHABAT YANG PALING BAIK!!!!!!!

seseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w ' siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?' jawab Rasulullah s.a.w. ' seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengar cakapnya, bertambah pengatahuan kamu tentang islam, apabila kamu melihat perilakunya, kamu teringat kehidupan akhirat"

0 comments: